Pakar ketuk kenderaan bahagian panel body dan mengecat

Ramai pelanggan yang tidak dapat memilih bengkel kereta yang terbaik dan sesuai untuk kereta mereka dan risau jika selepas pembaikan kereta masih menghadapi pelbagai masalah yang akan timbul seperti warna cat tidak sama dan panel tidak dibetulkan dengan kemas.

Kelebihan Jerai Workshop

Kami telah beroperasi dan berkhidmat dalam bidang cat automotif selama lebih dari 25 tahun, kami boleh membantu anda dengan pelbagai servis yang kami sediakan.

Kami akan memberi jaminan bahawa perkhidmatan mengetuk dan mengecat kenderaan yang terbaik disamping menawarkan harga pembaikan yang berpatutan.

Sama ada mengetuk dan mengecat kenderaan anda untuk membantu memulihkan dari kesan kemalangan ataupun membantu hobi anda dalam mencantikkan kenderaan, kami sentiasa akan memastikan hasil pembaikan kerja hanyalah yang terbaik dan memenuhi kepuasan pelanggan kami.

Kami menggunakan cat 2K yang berkualiti yang terdiri daripada pelbagai pilihan warna terkini di samping menggunakan teknologi infrared oven-baked. Manakala di bahagian membaiki badan kereta yang remuk, kami menggunakan mesin dan alat-alat yang profesional dan juga kakitangan yang berpengalaman.

WhatsApp Atau Panggil 012-512 8800 Untuk Servis Ketuk Kenderaan Bahagian Panel Body & Mengecat