Tuntutan Insurans

Jika anda terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kerosakan harta benda tanpa sebarang kecederaan fizikal, disini kami menyenaraikan 5 langkah yang boleh anda ikuti untuk memudahkan urusan anda iaitu seperti berikut:

Selepas kamalangan berlaku, hubungi syarikat insurans anda atau talian khidmat pelanggan untuk membantu anda jika kereta anda mengalami kerosakan teruk dan memerlukan perkhidmatan trak tunda. Namun begitu, anda diingatkan untuk berurusan dengan pengendali trak tunda yang berdaftar dengan syarikat insuran anda. Jika anda tidak pasti, dapatkan nama dan nombor pendaftaran pengendali trak tunda daripada syarikat insuran anda dan tunggu sehingga mereka tiba. Kebiasaannya, jika berlaku kemalangan, ramai pihak ketiga atau ejen trak tunda yang akan menawarkan perkhidmatan trak tunda ke bengkel milik mereka. Kekal tenang dan jangan sesekali memberikan keizinan kepada pihak ketiga untuk menguruskan kenderaan anda.

Catatkan lokasi dan masa kemalangan untuk memudahkan rujukan semasa membuat laporan polis. Dapatkan butiran individu yang melanggar atau yang dilanggar oleh kenderaan anda. Ambil gambar kawasan kejadian, kerosakan pada kenderaan, nombor plat, cukai kenderaan dan kad pengenalan individu yang terlibat. Jika individu terlibat enggan memberikan kerjasama, nyatakan kepadanya bahawa di bawah seksyen 52 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, anda mempunyai hak di sisi undang-undang sebagai orang yang dilanggar untuk mendapatkan butiran pihak yang melanggar. Catat maklumat-maklumat penting seperti:

  • Nombor lesen memandu;
  • Nombor telefon untuk dihubungi dan alamat tempat tinggal;
  • Model dan nombor pendaftaran kenderaan;
  • Syarikat insuran yang didaftarkan.

Jika kenderaan anda masih selamat untuk dinaiki, segera pandu kenderaan anda ke balai trafik yang berhampiran untuk membuat laporan polis. Sekiranya kenderaan anda rosak teruk, tunggu sehingga bantuan perkhidmatan trak tunda tiba. Laporan polis yang melibatkan kemalangan perlu dibuat dalam tempoh 24 jam dan anda boleh dikenakan denda jika lambat atau gagal berbuat sedemikian.

Anda perlu memaklumkan kepada syarikat insuran anda dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh kemalangan. Anda juga disarankan untuk mengemukakan tuntutan insurans untuk kos pembaikan kerosakan kenderaan anda secepat mungkin setelah mendapatkan salinan laporan polis.

Minta senarai penuh bengkel panel daripada syarikat insuran anda. Hantar kenderaan anda ke pusat pembaikan kenderaan yang dipercayai bagi memastikan kerosakan kenderaan dibaiki dengan sempurna dan alat ganti yang digunakan adalah tulen.

Tuntutan Kerosakan Sendiri

Ia merujuk pada proses tuntutan kerugian atau kerosakan pada kenderaan anda daripada syarikat insuran anda sendiri.

Kerosakan Sendiri (Own Damage)

Jika kemalangan berpunca daripada kesalahan anda, buat tuntutan Kerosakan Sendiri manakala kemalangan BUKAN berpunca daripada kesalahan anda, pihak bengkel akan membuat tuntutan Kerosakan Sendiri Knock-for-Knock (bukan tuntutan pihak ketiga).

Apakah itu knock-for-knockOwn Damage Knock-for-Knock atau OD KFK ialah kaedah tuntutan insuran daripada pihak ketiga melalui syarikat insuran sendiri. Dalam erti kata lain, kita menuntut bayaran daripada syarikat insuran sendiri dan pihak insuran akan menuntut semula daripada syarikat insuran pihak ketiga tetapi khas untuk insuran Komprehensif sahaja.

Manfaat membuat tuntutan ODKFK

  1. Tuntutan insuran dapat diselesaikan dengan lebih cepat;
  2. Anda tidak akan hilang kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (No Discount Claim, NCD);
  3. Anda boleh menuntut ekses polisi, atau kos under insured (jika ada)daripada syarikat insuran pihak yang dilanggar itu.
  4. Loss of Use – Pampasan akan dibayar kepada pihak menuntut kerana tidak dapat menggunakan kenderaan dalam tempoh pembaikan.

 

Dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan insuran seperti di berikut:

  • Borang tuntutan yang lengkap (Borang ini dibekalkan oleh pihak bengkel)
  • Salinan asal laporan polis
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu pemegang polisi
  • Salinan kad pengenalan dan lesen memandu dari pemandu kenderaan yang terlibat (jika bukan pemegang polis)
  • Salinan SSM pendaftaran Syarikat atau Borang 9/13,24,49 (jika kenderaan didaftar atas nama syarikat)
  • Salinan geran kenderaan
  • Gambar di tempat kemalangan
  • Salinan asal laporan polis pihak yang melanggar, keputusan kes, gambar rajah kasar (jika kemalangan tersebut bukan anda yang disalahkan)
  • Anggaran dalam 2-3 minggu.
  • Berdasarkan atas kerosakan.
  • Kelulusan tuntutan dari pihak insuran.
RATE OF BETTERMENT
Vehicle Age (Years) Rate of Betterment
Less than 5 0%
5 15%
6 20%
7 25%
8 30%
9 35%
10 and above 40%

Age for locally assembled car: From date of original registration
Age for imported CBU/secondhand/used/reconditioned car: From year of manufacture

  • Barang local jika kenderaan sudah lebih 5 tahun.
  • Tambah duit jika pemilik ingin menukar barang gantian dengan menggunakan alat ganti original.
  • Jika ada masalah di tempat yg dibaiki boleh datang ke bengkel semula untuk pemeriksaan.
  • Tempoh 3 bulan selepas keluar kereta dari bengkel
  • Tuntutan OD akan menjejaskan NCD.
  • Tuntutan ODKFK tidak akan menjejaskan NCD.
  • Tak dikenakan saman.
  • Di lampirkan sekali dokumen yang di perlukan
    1. keputusan kes
    2. gambar rajah kasar
    3. laporan polis bersangkut
  • Polisi insuran
  • Laporan polis
  • Geran kenderaan
  • Ic dan lesen owner / Ssm @ syarikat form (jika syarikat)
  • Ic dan lesen driver / GDL (Untuk kenderaan komersial)

Menukar Struktur Panel Kenderaan

Tidak perlu. Kerana bahagian tersebut tidak tersenarai di bahagian Kejuruteraan Automotif JPJ yang perlu dibuat pemeriksaan.

Antara struktur panel yang perlu di uji adalah seperti berikit: –

  • Cowl Panel
  • Wheel House Inner – Front
  • Wheel House Inner – Rear
  • Front Pillar Inner
  • Center Pillar Inner
  • Rear Panel Inner
  • Chassis Member – Front
  • Chassis Member – Rear
  • Chassis Frame

Ya, masih boleh dijual kerana kenderaan tersebut telah dibawa ke Puspakom dan tuan kereta akan diberi laporan pemeriksaan dari pihak Puspakom.

Pihak bengkel akan baiki dengan terbaik dan teliti untuk bahagian tersebut dan akan memastikan kenderaan tersebut tiada masalah. Jika kenderaan menghadapi masalah boleh datang semula ke bengkel untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Pintu yang ditukar baru tidak akan ada masalah kerana mekanik kami akan memeriksa dahulu sebelum menghubungi tuan kereta ambil keretanya.

Selalunya pembaikan yang tidak kemas atau tidak teratur boleh menyebabkan punca air masuk. Jadi kami akan memeriksa dahulu sebelum diambil oleh tuan kereta.

WhatsApp Atau Panggil 012-512 8800 Untuk Servis Tuntutan Insurans